Monday, September 15, 2008

Dari Pena YDP JIM Dungun

Assalamualai’kum wbt ;

1. Pertama marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memanjangkan usia kita untuk bersama-sama melalui bulan Ramadhan dan berpeluang merebut kelebihan-kelebihan yang terdapat pada bulan tersebut.

2. Semoga Madrasah Ramadhan yang dilalui akan meningkatkan lagi takwa dan amal dakwah, pada bulan Ramadhan Allah telah khususkan ada Solat Terawih yang tiada pada bulan-bulan yang lain. Sebab itu Bulan Ramadhan juga dikenali dengan Bulan Solat di mana pada bulan ini hendaklah mereka yang beriman berlumba-lumba dengan ikhlas dan khusyuk membanyakkan solat kerana dengan keikhlasan dan kesungguhan dalam Solat Terawih ini akan menghapuskan segala dosa yang lalu menurut hadis Rasullulah SAW.

3. Bulan Ramadhan juga dikenali dengan Bulan Al Quran kerana padanya diturunkan Al Quran, sekali lagi Bulan Al Quran ini menawarkan pelbagai pakej mega yang amat besar ganjarannya seperti yang terdapat pada satu malam yang dipanggil Malam Lailatul Qadr. Bulan Al Quran ini menuntut mereka yang beriman untuk perbanyakkan membaca dan memahami isi kandungan disamping dipenuhi bulan ini dengan zikir, tahmid dan doa.

4. Bulan Solat dan Bulan Al Quran adalah anjuran kepada untuk membersihkan jiwa atau roh yang beriman melawan nafsu demi mendapat ganjaran lumayan dengan mendapat rehda Allah swt. Satu lagi nama masyhur bagi Bulan Ramadhan ialah Bulan Sedekah seperti dianjurkan Rasululah SAW dimana beliau sendiri amat pemurah pada bulan ini berbanding pada bulan-bulan yang lain. Ibadat sedekah ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan berbanding Solat dan membawa Al Quran.

5. Sedekah menuntut kita untuk berkorban dan memberi apa yang ada dari orang beriman kepada mereka yang memerlukan dan ini bukanlah suatu amalan yang mudah kecuali mereka itu telah teguh imanya. Sedekah dan berkorban adalah prasyarat untuk sanggup berjihad dan shayid, maka bagi kita yang beriman dan berjuang di atas jalan dakwah jangan ragu-ragu lagi untuk bersedekah atau berzakat.

6. Saudara-saudara kita yang tertindas dan yang di uji seluruh dunia dan di tempatan amat menanti-nanti bantuan, maka hulurkan bantuan-bantuan tersebut melalui pelbagai pakej yang telah dianjurkan jamaah seperti
Fast 2 Fund Palestin, Tajaan Iftar JIM, Iftar Hidayah Centre dan lain-lain. Di masa yang sama jangan lupa tunaikan janji bersama untuk memberi istirakat/infak kepada jamaah tempatan untuk meneruskan aktiviti-aktiviti tempatan. Ambillah kesempatan Bulan Ramdhan ini untuk benar-benar menambah keberkatan, iman dan taqwa.
Sekian, wassalam.
Hj Zulkifli bin Ali.

No comments: