Monday, October 12, 2009

Laman Usrah Wanita JIM Dungun Dilancarkan

Assalamualaikum,

Laman Usrah Wanita JIM Dungun telah diwujudkan atas inisiatif dan usaha Wanita JIM Dungun. Dipetik dari laman tersebut ;

'Ini adalah laman diskusi maya untuk sesiapa yang berminat dengan penimbaan ilmu dan penghayatan Islam. Diharapkan laman ini dapat menghubungkan silaturrahim di antara kita secara alam maya. Laman ini juga diharapkan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dalam memertabatkan Islam dan dakwah dalam kehidupan kita sehari-harian...'

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.lamanuspadu.multiply.com

Sekian, Wassalam

Monday, July 13, 2009

Kuliah Rabu JIM Dungun

Assalamualaikum,

JIM Dungun menjemput muslimin muslimat untuk hadir ke Kuliah Rabu JIM Dungun yang diadakan secara mingguan di Sekolah Rendah Islam Al Amin Dungun (SRIAAD) bermula jam 8.00 malam sehingga 9.30 malam setiap Rabu.

Pengisian disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Daud bin Ishak.

Antara pengisian yang dikongsikan ialah huraian hadis dari kitab Riyadhus Solihin dan soal jawab berkaitan.

Untuk pertanyaan, sila hubungi Pejabat SRIAAD (09-8484742) atau Guru Besar, Pn Hjh Nazilah Mohamad (019-9345401).

Jom kita tingkatkan iman dan pengetahuan kita!

Sekian, terima kasih.


Siti Noraishah bt Abdul Rahman
PENERANGAN JIM DUNGUN

Wednesday, December 31, 2008

LATAR BELAKANG KEPADA PERISTIWA TRAGEDI GAZA YANG BERLAKU SEKARANG


Kekalahan Fatah pimpinan Mahmood Abbas dalam pilihanraya pertama di Palestin pada Januari 2006 sebenarnya memberi tamparan hebat kepada rejim Zionis dan AS. Dengan segala bantuan yang diberi termasuklah sumber kewangan, ketenteraan dan kebendaan, mereka mengharapkan Mahmud Abbas dan Fatah boleh menang dalam pilihanraya ini. Seterusnya mereka juga mengharapkan Mahmud Abbas dapat mendirikan sebuah negara secular Palestin, bukan sekadar berjiran dengan Israel malah sanggup menurut segala kemahuan rejim Zionis dan AS.


Kemenangan Hamas pula merupakan kemenangan perjuangan Islam di bumi Palestin. Walaupun Hamas telah berjaya menubuhkan sebuah kerajaan pakatan dengan Fatah, rejim Zionis dan AS masih tidak berpuashati. Ini disebabkan mereka masih melihat kerajaan baru ini dikuasai oleh Hamas kerana majoriti kerusi di Parlimen dikuasai oleh Hamas. Hakikatnya mereka tidak akan menerima sebuah negara yang diperintah oleh Hamas yang ingin menegakkan syariat Islam.


Oleh itu apa yang berlaku sepanjang tiga tahun ini (2006 hingga 2008) dibumi Palestin khususnya di jalur Gaza sehinggalah tamatnya tempoh “truce” pada 19 Disember baru-baru ini ialah rejim Zionis dan AS telah merancang dan melakukan berbagai usaha untuk melumpuhkan kerajaan pimpinan Hamas (yang dianggap pengganas oleh rejim Zionis dan AS) dan seterusnya cuba memadamkan api perjuangan umat Islam dibumi Palestin.


Walaupun sepanjang tempoh ini terdapat berbagai perjanjian damai yang diusahakan terutama sekali oleh AS, tetapi bertujuan lebih untuk mengembalikan pimpinan Mahmud Abbas dan ingin mendapatkan sokongan antarabangsa terutama sekali negara Arab dan Islam dengan memberi harapan palsu tentang kedamaian. Tentu sekali semua perjanjian damai ini bukan bertujuan untuk mencari kedamaian dalam ertikata yang sebenarnya.


Bermula seawal bulan Januari 2006 (selepas piliharaya di Palestin), segala usaha untuk memberi tekanan kepada Hamas dan pengikutnya telah bermula. Dengan adanya tembok batu pemisah-yang pembinaannya di haramkan oleh PBB- yang dibina oleh Ariel Sharon ( yang kini dalam keadaan azab nazak yang panjang) memudahkan segala usaha jahat ini. Segala pergerakan keluar-masuk penduduk dan kegiatan ekonomi rakyat Palestin melalui tembok batu pemisah ini menjadi semakin sukar. Ini secara langsung langsung memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat Palestin yang sebelum ini memang telah lama menderita.


Keadaan ini sepertimana yang di sebut oleh Jimmy Carter (bekas President AS) bahwa rakyat Palestin telah menjadi pelarian dan banduan di negara mereka sendiri akibat tembok batu pemisah ini dan dasar apartheid rejim Zionis. Bila Gilad Shalit, seorang tentera IDF ( Israeli Defend Force), di tawan – tetapi rejim Zionis mengatakan beliau diculik- oleh pejuang Islam (Popular Resistance Committee) pada bulan Jun 2006, gelombang kezaliman rejim Zionis kembali melanda penduduk Palestin. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan dengan pertukaran tawanan perang sahaja sepertimana yang dituntut oleh pejuang Islam ini, sebaliknya rejim Zionis mengambil peluang ini untuk melakukan kemusnahan yang maksima terhadap penduduk Palestin iaitu satu kaedah yang disebut sebagai “disproportionate force”.


Antara tindakan yang diambil ialah rejim Zionis ialah membunuh beratus-ratus orang awam Palestin dan memusnahkan rumah, bangunan dan hartabenda penduduk Palestin demi membebas hanya seorang rakyat Israel . Bukan setakat itu saja rejim Zionis juga telah menahan hampir seribu penduduk Palestin termasuklah berpuluh-puluh orang ahli Parliamen Hamas. Tindakan ini sekali lagi dillihat sebagai usaha untuk melemahkan lagi kerjaan pimpinan Hamas ini.

Kerajaan pakatan Hamas/Fatah tidak mampu bertahan lama apabila Mahmud Abbas keluar dari kerajaan pakatan ini pada bulan Jun 2007. Hamas pula dituduh “merampas kuasa” tetapi sebenarnya tiada rampasan kuasa kerana Hamas memang pemerintah yang sah dan berkuasa. Akibatnya, pemerintahan kerajaan baru Palestin berpecah dua. Mahmud Abbas, yang masih mengaku President PA berkuasa di Tebing Batar dan tentu saja mendapat sokongan dari rejim Zionis dan AS. Manakala Hamas terus berkuasa di jalur Gaza dengan mandat diberi oleh penduduk Palestin. Kini kezaliman rejim Zionis lebih tertumpu di jalur Gaza di mana Hamas berkuasa. Tindakan ini jelas bertujuan untuk mengulingkan Hamas.


Malah melalui kaedah “collective punishment” -yang diharamkan oleh pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa- dimana seluruh penduduk dijalur Gaza juga turut di hukum kerana terus memberi sokongan kepada Hamas. Antara tindakan-tindakan kejam yang dilakukan oleh rejim Zionis ialah melancarkan pencerobohan di jalur Gaza , membunuh beratus–ratus penduduk awam dan merosak harta-benda penduduk di jalur Gaza . Malah yang lebih kejam lagi ialah Rejim Zionis juga mengenakan sekatan dan kepungan di jalur Gaza yang disebut sebagai “Gaza Siege”. Melalui tindakan kejam ini semua pintu masuk ke jalur Gaza ditutup, menyekat semua bahan-bahan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan keperluan lain untuk kegiatan ekonomi. Akibatnya, jalur Gaza mengalami krisis kemanusian yang teruk. Dalam tahun yang sama juga iaitu pada bulan November 2007, Mahmud Abbas telah menandatangi satu perjanjian damai diantara Ehud Olmert dan George W. Bush.


Perjanjian damai ini yang dipanggil sebagai Sidang Damai Annapolis, menjanjikan sebuah Negara Palestin yang berjiran negara Israel (two state solution). Perjanjian ini dibuat semasa penduduk djalur Gaza sedang menderita akibat sekatan dan kepungan rejim Zionis. “Gaza Siege” yang zalim ini berlangsung sehingga tahun 2008. Hujung bulan Januari 2008 dunia telah dikejutkan dengan peristiwa Hamas meletupkan tembok batu pemisah berdekatan dengan Rafah. Tindakan ini dilakukan demi untuk menyelamatkan 1.5 juta penduduk di jalur Gaza yang sedang mengalami krisis kemanusian yang meruncing. Hasilnya, Hamas dan krisis kemanusian penduduk di jalur Gaza menjadi perhatian dunia.


Walaupun begitu sikap angkuh rejim Zionis yang tidak kenal erti kemanusian telah mengenakan satu lagi tindakan yang zalim iaitu memberhentikan bekalan bahanapi untuk menjalankan operasi janakuasa elektrik di jalur Gaza . Jalur Gaza bergelap, hospital berhenti beroperasi dan semua kegiatan ekonomi lumpuh sama sekali. Hasil dari tindakan zalim dan kejam rejim Zionis iaitu melalui sekatan, kepungan dan pencerobohan selama hampir 3 tahun terutama sekali di jalur Gaza hampir 1000 rakyat Palestin yang telah dibunuh termasuk bayi yang baru berumur 4 bulan hinggalah orang tua yang berumur 65 tahun, hampir 5000 rakyat Palestin yang ditahan dan kemusnahan tempat tinggal dan harta-benda rakyat Palestin makin meningkat.


Malah yang menyedihkan lagi lebih dari 261 orang pesakit di jalur Gaza mati akibat kekurangan ubat-ubatan ataupun tidak dapat permit dari rejim Zionis untuk keluar dari jalur Gaza bagi mendapat rawatan lanjut. Antara yang mati termasuklah kanak-kanak yang baru lahir hinggalah kepada orang tua. Beberapa statistiks telah keluarkan oleh beberapa pertubuhan hak manusia seperti URWA, bagi menggambarkan betapa terusknya krisis kemanusiaan di jalur Gaza seperti berikut : 77 % penduduk sangat memerlukan dengan segara bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan lain-lain lagi; kadar ‘malnutrition’ adalah paling tinggi di dunia; simpanan makanan (food insecurity) berada pada tahap paling bahaya iaitu 56%. Dan 42% dari penduduk disini tidak mempunyai pekerjaan.



Namun dengan segala penderitaan dan kesusahan yang ditanggung Hamas dan penduduk Islam di jalur Gaza , mereka masih mampu bertahan hingga saat ini. Malah sepanjang sekatan dan kepungan ini Hamas dan pejuang Islam masih mampu memberi serangan-balas terhadap rejim Zionis. Perkara ini merupakan mimpi ngeri untuk orang Yahudi.

Tindakan balas ini memberi kesan buruk kepada pemimpin politik rejim Zionis. Mereka di lihat tidak mampu mengalahkan Hamas dan seterusnya memberhentikan serangan roket terutama sekali di selatan Israel . Bukan setakat juga tindakan Hamas ini juga memberi kesan kepada Sidang Damai Annapolis.

Faktor politik dalaman Israel, isu pembebasan Gilad Shalit, tekanan antarabangsa dan pengaruh Hamas dikalangan penduduk Palestin memaksa rejim Zionis menerima Hamas sebagai rakan-runding dalam sebuah perjanjian sementara yang disebut sebagai “truce” (“calm” ataupun “lull”) dengan Mesir menjadi orang tengah (broker).

Dalam “Truce Agreement” ini kedua-dua pihak (rejim Zionis dan Hamas) diminta memberhentikan semua serangan supaya proses perdamaian yang utama dapat diteruskan. Hamas bersetuju dengan “truce’ ini tetapi dengan syarat rejim Zionis menamatkan semua sekatan dan kepungan, membuka semua pintu masuk ke jalur, menghentikan sekatan ekonomi dan semua pencerobohan. Hamas dan beberapa pejuang bersenjata Islam yang lain mula mematuhi ‘truce’ ini pada 19 Jun 2008. Dari tarikh ini Hamas berjanji memerhentikan semua serangan roket ke wilayah Israel kecuali rejim Zionis memulakan serangan ataupun pencerobohan terlebih dahulu.

Hamas memberi tempoh selama 6 bulan kepada rejim Zionis untuk mematuhi segala persetujuan yang terdapat dalam truce ini terutama sekali memerhentikan semua sekatan dan kepongan, membenarkan semua bantuan kemanusiaan masuk ke jalur Gaza dan memerhentikan semua sekatan ekonomi.

Pada 19 Disember yang lalu Hamas mengistiharkan bahwa tempoh 6 bulan telah berakhir dan tidak akan menyambungkan tempoh ini. Rejim Zionis menuduh bahwa Hamas tidak berminat untuk melakukan perdamaian dan memilih peperangan.

Tetapi Hamas pula mengatakan “truce” ini gagal mencapai matlamatnya. Rejim Zionis masih lagi meneruskan sekatan dan kepungan di jalur Gaza . Tindakan ganas dan pencerobohan oleh masih dilakukan oleh rejim Zionis sepanjang tempoh “truce’.Buktinya apa yang telah dilapurkan oleh Palestinian Information Center pada 19 Disember : Sepanjang tempoh 6 bulan ini seramai 49 rakyat Palestin dibunuh termasuk 7 orang kanak-kanak. Bulan November juga menyaksikan kadar kematian yang tertinggi di jalur Gaza dalam satu bulan iaitu seramai17 orang.
Menurut Brigade Qassam pula sepanjang tempoh 6 bulan “truce” ini IOF (Israel Occupation Force) telah melakukan serangan sebanyak 185 kali, manakala Qassam Brigades melakukan serangan balas sebanyak 170 kali yang mengakibat 38 rakyat Yahudi tercedara ( tiada kematian dilapurkan).

Oleh itu, siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab menyebabkan “truce” ini berakhir?

* Hubungi mana mana Pimpinan JIM Dungun untuk maklumat lanjut mengenai Palestin dan untuk menyumbang.

Friday, November 14, 2008

KBM 2 u di Rantau Abang ^_^



Salam ukhuwwah ^_^

Pada 7 & 8 / 11 / 08 telah berlakunya ledakan program yang MANTAP
di Rantau Abang, Terengganu. Seramai 48 orang peserta lelaki dari Politeknik Sultan Mizan Zainal terlibat dalam program ini juga 8 orang fasi dan 2 orang POWER KBM yang di jemput
khas dari Johor dan Kuala Lumpur. YDP JIM Terengganu turut sama hadir dari awal - akhir program:)

Syukur pelaksanaan tersebut dapat berjalan dengan lancar seperti mana yang di rancangkan
dengan slot yang sesuai dengan jiwa seorang pelajar IPT. Program yang di isi sungguh menarik hati serta juga di sulami dengan perasaan keinsafan dalam diri mereka... Bukan sahaja peserta tapi fasi dan yang hadir pun sama menitiskan air mata keinsafan dalam diri....


Riadah bersama fasi ^_^


Perbincangan yang hebat sedang di jalankan


Kesayuan meliputi HATI setiap insan bila mengerti PERGORBANAN ibu bapa


Bersama orang KUAT KBM,Abg Bai ( KL ),
Pak Lang ( Johor ) dan Akhi Fakhrul Anuar (T-PSM Trg)

Sekian

Fahzan Adli Borhan
Jk Pembangunan Remaja JIM Dungun
019 341 8423

Saturday, October 4, 2008

Majlis Rumah Terbuka JIM Dungun, 10 Oktober 2008


Assalamualai'kum warahmatullah,

JOM Bersama Mengeratkan Ukhuwwah di Majlis Rumah Terbuka JIM Dungun !

Tarikh
10 Oktober 08 / 10 Syawal 1429H - Jumaat

Tempat
Sek. Ren. Islam Al Amin Dungun (SRIAAD)

Masa
9.00 pagi - 12.00 Tengah hari.

Semua dijemput hadir.


Monday, September 15, 2008

Dari Pena YDP JIM Dungun

Assalamualai’kum wbt ;

1. Pertama marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memanjangkan usia kita untuk bersama-sama melalui bulan Ramadhan dan berpeluang merebut kelebihan-kelebihan yang terdapat pada bulan tersebut.

2. Semoga Madrasah Ramadhan yang dilalui akan meningkatkan lagi takwa dan amal dakwah, pada bulan Ramadhan Allah telah khususkan ada Solat Terawih yang tiada pada bulan-bulan yang lain. Sebab itu Bulan Ramadhan juga dikenali dengan Bulan Solat di mana pada bulan ini hendaklah mereka yang beriman berlumba-lumba dengan ikhlas dan khusyuk membanyakkan solat kerana dengan keikhlasan dan kesungguhan dalam Solat Terawih ini akan menghapuskan segala dosa yang lalu menurut hadis Rasullulah SAW.

3. Bulan Ramadhan juga dikenali dengan Bulan Al Quran kerana padanya diturunkan Al Quran, sekali lagi Bulan Al Quran ini menawarkan pelbagai pakej mega yang amat besar ganjarannya seperti yang terdapat pada satu malam yang dipanggil Malam Lailatul Qadr. Bulan Al Quran ini menuntut mereka yang beriman untuk perbanyakkan membaca dan memahami isi kandungan disamping dipenuhi bulan ini dengan zikir, tahmid dan doa.

4. Bulan Solat dan Bulan Al Quran adalah anjuran kepada untuk membersihkan jiwa atau roh yang beriman melawan nafsu demi mendapat ganjaran lumayan dengan mendapat rehda Allah swt. Satu lagi nama masyhur bagi Bulan Ramadhan ialah Bulan Sedekah seperti dianjurkan Rasululah SAW dimana beliau sendiri amat pemurah pada bulan ini berbanding pada bulan-bulan yang lain. Ibadat sedekah ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan berbanding Solat dan membawa Al Quran.

5. Sedekah menuntut kita untuk berkorban dan memberi apa yang ada dari orang beriman kepada mereka yang memerlukan dan ini bukanlah suatu amalan yang mudah kecuali mereka itu telah teguh imanya. Sedekah dan berkorban adalah prasyarat untuk sanggup berjihad dan shayid, maka bagi kita yang beriman dan berjuang di atas jalan dakwah jangan ragu-ragu lagi untuk bersedekah atau berzakat.

6. Saudara-saudara kita yang tertindas dan yang di uji seluruh dunia dan di tempatan amat menanti-nanti bantuan, maka hulurkan bantuan-bantuan tersebut melalui pelbagai pakej yang telah dianjurkan jamaah seperti
Fast 2 Fund Palestin, Tajaan Iftar JIM, Iftar Hidayah Centre dan lain-lain. Di masa yang sama jangan lupa tunaikan janji bersama untuk memberi istirakat/infak kepada jamaah tempatan untuk meneruskan aktiviti-aktiviti tempatan. Ambillah kesempatan Bulan Ramdhan ini untuk benar-benar menambah keberkatan, iman dan taqwa.
Sekian, wassalam.
Hj Zulkifli bin Ali.

Sunday, September 14, 2008

Mengapa Saya Bekerja - Penerbitan terbaru WANITA JIM

RM 18.50 Senaskah
Buku Terbaru Terbitan Wanita JIM!
Dapatkan sekarang!
Untuk Tempahan, sila hubungi @ sms JIMedia Dungun,
Akhi Sufian - 013 931 8371

SELAMAT MEMBACA!!


Jom Menderma !!




Asalamulaikum,


Alhamdulillah bangunan kekal Sekolah Rendah Islam Al Amin KT (SRIAAKT) telah dimulakan pembangunannya sehingga kini 50% sudah siap.


Pihak SRIAAKT masih memerlukan sumbangan dermawan untuk meneruskan projek supaya bangunan sekolah boleh digunakan oleh anak-anak pada sesi pengajian tahun hadapan.


Dianggarkan JIM Kuala Terengganu masih memerlukan RM600,000.00. Rebutlah untuk beramal di bulan yang mulia ini.


"Syurga itu adalah negeri bagi para dermawan" hadis riwayat ibnu 'Adi.


BIMB 13017010074183 "JIMKT Pembangunan SRIAAKT"


Sekian wassalam


Jalaluddin Adam

SU JIMKT

Tel : 019-9864471

Saturday, September 13, 2008

Majlis Berbuka Puasa JIM Dungun - 12 Sept 08 / 12 Ramadhan 1429H

Iftar JIM Dungun telah dianjurkan dengan jayanya pada 12 Ramadhan 1429H dengan kehadiran lebih 200 ibu bapa, pelajar, dan masyarakat setempat di Sek Ren Islam Al Amin Dungun.
Jazakallah diucapkan kepada yang membantu membuat persiapan dan juga kepada mereka yang hadir.

Remaja Makmurkan Masjid - REMM 08

Alhamdulillah, Remaja Makmurkan Masjid (REMM) telah berjaya dianjurkan di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah Dungun pada 29-30 Ogos lalu.

Seramai 17 peserta dan 4 fasi bersama sama menyemai ukhuwwah dan berprogram selama 2 hari 1 malam.

Slot pertama disampaikan oleh akhi Sufian bertajuk 'Siapa Kita' pada malam 29 Ogos dan diikuti oleh Slot 'Kasih Ibu Ayah' yang disampaikan oleh akhi Aliff.

Slot Kedua disempurnakan pada pagi keesokkan harinya oleh YDP JIM Dungun, Tn Hj Zulkifli Ali dengan tajuk 'Persiapan Ramadhan' dan diakhiri oleh Akhi Fahzan Adli dengan slot KRJ.

Peserta yang hadir